Jasa Sybil diangkat ke pentas teater...
Pada minggu lepas, hari Rabu - Shaz bersama kawan kawan Shaz dari T4YP - Theater 4 Young People pergi ke Actors Studio di Bangsar Shopping Center dan tengok teater "Sybil" yang di-arahkan oleh Faridah Merican.
Teater nie memang best! Menunjukkan cara cara seorang patriot pada tahun 1940an cam tu...

Apa kata kita baca jer artikel yg ditulis oleh Utusan Malaysia.
RAMAI tokoh dan pejuang ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1948 yang telah berjasa kepada masyarakat setempat diangkat menerusi pelbagai medium hiburan termasuklah pementasan teater.
Terbaru, The Actors Studio akan mementaskan rentetan pengorbanan seorang bidan wanita, Sybil Kathigasu yang telah banyak menolong masyarakat di Ipoh, Perak, yang sengsara kerana kekejaman tentera Jepun ketika itu.
Studio tempat penggiat teater terkenal di ibu negara itu kini sedang menunggu masa untuk mementaskan teater terbarunya berjudul Sybil yang mengisahkan tentang jasa serta pengorbanan wanita tersebut.
Menurut pengarah Sybil, Datuk Faridah Merican, dia terpanggil untuk mengarahkan teater itu kerana menganggap tokoh tersebut seolah-olah tidak dikenali oleh generasi hari ini biarpun khidmatnya kepada masyarakat bukan sedikit.
ˇ°Bagi saya dia (Sybil) seorang hero yang harus dikenang oleh masyarakat kerana jasa yang telah dicurahkannya kerana membantu masyarakat yang ditindas oleh tentera Jepun.
ˇ°Salah satu caranya ialah menerusi pementasan tetaer ini dan ia mampu mengembalikan semula nostalgia kita terhadap pengorbanannya itu,ˇ± katanya ketika ditemui di pejabatnya di KLpac, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Faridah, Sybil yang banyak diadaptasi daripada buku bertajuk No Dram of Mercy hasil adaptasi U-En Ng turut mengimbau sejarah yang pernah berlaku di Ipoh.
Katanya, Sybil yang merupakan isteri kepada seorang doktor yang telah banyak membantu merawat serta memberi pertolongan kepada masyarakat setempat di sana yang menderita kerana kekejaman tentera Jepun yang ketika itu diketuai oleh Sarjan Yoshimura.
ˇ°Pengorbanan Sybil itu amat tinggi hinggakan dia menerima akibatnya pada penghujung hayatnya. Beliau yang tersiksa kemudiannya tenat dan terpaksa menerima rawatan di England dan meninggal dunia di sana pada tahun 1948.
ˇ°Bagaimanapun, mayat mendiang Sybil kemudiannya di bawa pulang ke Tanah Melayu dan dikebumikan di sini,ˇ± katanya yang akan mendermakan sebahagian hasil jualan tiket teater itu kepada anak Sybil iaitu Olga yang kini menetap di Ipoh.
Tambah Faridah, beliau berharap sumbangan itu bukan setakat sebagai suatu ingatan terhadap Sybil tetapi ia juga diharap dapat meringankan beban Olga yang kini berusia 87 tahun.
Olga merupakan satu-satunya anak perempuan Sybil daripada dua beradik yang masih hidup dan tinggal sendirian dan beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga.
mengimbas
ˇ°Saya difahamkan Sybil juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Dawn tetapi sudah lama meninggal dunia. Saya harap pementasan ini akan mengimbas nostalgia kita terhadap Sybil.
ˇ°Apatah lagi, 12 Jun ini merupakan ulang tahun kematian Sybil yang ke-60. Pementasan ini bukan sahaja akan diadakan di The Actors Studio, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, tetapi ia juga akan dipentaskan di Taman Budaya Perak, Ipoh pada 25 dan 26 Jun ini pukul 8.30 malam,ˇ± ujarnya.
Pementasan anjuran Perak Heritage Society Show itu secara tidak langsung katanya, mampu untuk menarik para penduduk sekitar Ipoh bagi menyaksikan pementasan tersebut.
Kata Faridah lagi, sisa peninggalan Sybil bukan setakat jasa dan pengorbanan beliau semata-mata tetapi banyak di antaranya yang masih tersimpan elok di sebuah klinik di Ipoh.
ˇ°Para pengunjung boleh menyaksikan barangan peninggalan Sybil seperti peralatan perubatan yang digunakannya ketika merawat pesakit di sebuah klinik di Ipoh,ˇ± katanya.
Bagi mementaskan teater itu, Faridah telah menggunakan pelakon Sukania Venugopal yang akan melakonkan watak Sybil dan Darius Taraporvala (Dr. A.C. Kathigasu).
Selain itu, beliau turut menggunakan khidmat pelakon dari Jepun iaitu Doppo Narita bagi melakonkan watak Sarjan Yoshimura selain pelakon seperti Ashraf Zain serta Wong Wai Hoong bagi melancarkan lagi perjalanan teater tersebut.
ˇ°Saya terpaksa mengimport pelakon dari Jepun itu bagi menghidupkan lagi watak Sarja Yoshimura. Setakat ini Doppo kerap berkunjung ke negara ini di mana setakat ini dia sudah dua bulan menjalani latihan teater ini di sini.
ˇ°Saya mendapatkan khidmat Doppo menerusi seorang kawan saya yang berbangsa Jepun iaitu Ken Takiguchi yang kebetulan bekerja di Japan Foundation Kuala Lumpur,ˇ± katanya lagi.
Pementasan Sybil akan dipentaskan 90 peratus dalam bahasa Inggeris dan 10 peratus lagi dalam bahasa Jepun. Pementasan itu akan mengenakan tiket berharga RM20 dan RM40.
Pementasan Sybil di The Actors Studio akan bermula dari 12 hingga 14 Jun, 17 hingga 21 Jun pukul 8.30 malam, manakala pada 15 dan 22 Jun pula pada pukul 3 petang. Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket sila hubungi talian 03-2094 0400.



Masukkan Komen
Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!


