Events di Xfresh bersama Shaz @hujung min...
Wasssuppp Wasssuppp!!!
XGig: Jikalau anda free hari sabtu nie!
Datanglah beramai-ramai ke Xgig yang akan di-adakan di Plug & Play Event di
Sunway Pyramid Outdoor Area bermula jam 5ptg hingga 7.30ptg. Xgig nie percuma...yep! Memang betul percuma, anda tidak perlu membayar satu sen pun kerana tiket masuknya percuma dan apa yang paling best ialah Plug & Play event nie di aturkan oleh pelajar-pelajar dari Monash University.
Xgig kali ini akan mempamerkan 3 indie band dan juga 2 band yang akan membuat persembahan mereka buat kali pertama sebagai opening untuk kumpulan Frequency Canon, Bunkface dan OAG. Kalau anda nak tahu siapakah opening bands untuk Xgig kali nie..datang la!
Info - 26hb July 2008
Sunway Pyramid Outdoor Area
5ptg - 7.30mlm
Daughtry: Xfresh dan Sony Ericsson mempersembahkan Traffic Jam Street Party bersama Liang, Asian Percussion Unit, Stylustiks, Daniel Lee di Konsert Daughtry LIVE in KL!
Krew-krew Xfresh Streetsurfers bersama dengan penyampai-penyampai Xfresh semua akan berada di One Utama selepas Xgig kami pada hari sabtu ini. Kalau anda tak cukup nak chatting dengan kami di Xgig, ahh apa lagi datang lah ker One Utama untuk Traffic Jam Street Party ini dan chill out bersama kami.
Mesti ramai datang nie kan, Shaz, Dina, Shac, Burn & Cham dah bagi anda banyak tiket untuk konsert ini melalui peraduan di Xfresh! Kalau anda tak dapat lagi tiket anda, dapatkanlah dengan segera melalui Xfresh StreetSurfers di lokasi-lokasi mereka!
Info - 26hb July 2008
One Utama Street
7.30mlm - 12mlm
Jazz Rhythm & Music Festival: Mont Kiara Jazz fest kembali tahun ini dengan nama baru dan persembahan dari artis artis tanah-air yang baru dan cool. Tahun lepas Asian Percussion Unit membuat persembahan yang mengkagumkan dan ramai remaja menjelajahi Jazz Fest ini untuk indie bands dan artists terkemuka.
Kali ini pulak Mia Palencia, Hunny Madu dan ramai lagi akan mengambil pentas untuk membuat persembahan masing-masing! Semua ini untuk 2minggu berturut-turut. Pada hari Jumaat dan Sabtu, tiap tiap malam ada lebih dari 4 artis yang akan membuat persembahan untuk seramai seribu, 2 ribu peminat. Tak lupa, semuanya secara percuma...
Info - 25hb, 26hb July / 1hb, 2hb Ogos
Plaza Mont Kiara (Mont Kiara)
8mlm - Till Late
Masukkan Komen
Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!


