Sunrise Jazz & Rhythm Fest...

Jika anda berpeluang untuk meluangkan masa anda pada malam jumaat ini, dan anda berada di kawan Kuala Lumpur... JOM dapatkan barang-barang FREE dari Krew Xfresh StreetSurfers kita yang akan menghadiri Sunrise Jazz & Rhythm Fest 2008 ini di Plaza Mont Kiara. Tak lupa juga Shaz akan berada di sana bersama anda untuk menikmati lagu-lagu Jazz yang dimainkan oleh artis tempatan dan juga luar negara.

Dates/Time 8.00pm to 12.30am

Performers

Friday

1/8/08

BassGroove 100, Karen Nunis Blackstone, Wave Alchemist by Dennis Lau

Saturday

2/8/08

Karen Nunis Blackstone, Hunny Madu, Phunk Mob

Pada hari jumaat yang lepas, Shaz berada di Sunrise Jazz & Rhythm fest ini bersama dengan Mia Palencia (yang tengah hit dengan lagu "Sayang Sayang"...2). Shaz memang suka vokal Mia Palencia dan buat pertama kali Shaz dengar Mia nyanyi lagu tu secara LIVE dalam konti tahun lepas, air mata pun nak menitis dah...

Ok..ok...stop emo for now! Jom ke Sunrise Jazz & Rhythm Fest bersama Shaz pada hari jumaat ini jam 8mlm hingga lewat. Shaz akan berada bersama dengan Krew Xfresh StreetSurfers kita untuk memberi anda barang-barang cool!!!

FAQ's...

1. Berapakah harga tiket masuk? Free la beb! tak dikenakan cover charge langsung!

2. Penat la kerja satu hari, ada tempat duduk tak? Memang ada, tempat duduk memang banyak! Boleh menampung 1500-2000 orang duduk dan lagi 2 ribu orang berdiri! Tetapi masa Shaz ada di Mont Kiara minggu lepas, semua orang dapat duduk bersama kawan kawan mereka...so cool la! Rasa macam ada di Eropah tengok Jazz performance di tepi fountain ker lake!

3. Ada tempat duduk, tapi penat la bro... Penat? Nikmatilah performance dari artis artis Jazz mahukan lokal ataupun antarabangsa ini. Mereka semua berbakat besar dan anda akan rasa FRESH lepas tu!


INFO:

Tarikh - 1hb & 2hb Ogos 2008

Masa - 8mlm - lewat

Tiket - Percuma

Lokasi - Plaza Mont Kiara






Komen

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!