Pernahkah anda makan buah manggis?

Mesti pernah makan, kalau tak makan - macam mana nie? Kita di Malaysia ada banyak variasi buah-buahan yang di-jual dan juga di-tanamkan di negara kita. Tetapi, tahukah anda yang buah Manggis ni boleh jadi lebih daripada hanya sebiji "buah". Ahhh, kalau nak tahu jom teruskan baca blog update shaz nie! Kerana, 2 minggu lepas, ada lah kawan Shaz nie bawak saya pergi ke event di KL Tower nie untuk perayaan tahun pertama untuk minuman yang berkhasiat tinggi di-perbuat daripada buah manggis yang di-panggil "Xango".

Xango Juice, minuman yang penuh dengan khasiat ini di-perbuat daripada buah manggis dan tiada apa-apa bahan yang lain di-campurkan kepada juice ini. Yes...betullah, Shaz tak tipu korang! Tengoklah buah manggis tu - minuman Xango ini diperbuat daripada keseluruhan buah manggis! (termasuk kulitnya, bijinya, kesemuanya lah...).

Mesti korang ter-tanya tanya, kenapa Shaz suka sangat dengan minuman Xango nie! Sebenarnya khasiat yang di-beri oleh minuman ini memberi korang lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian anda, memberi anda wajah yang orang kata "perfect" dalam segi complexion, tak der jerawat dan lain lain (macam ia boleh menolong memperbaiki imperfections anda).

Sebenarnya, buah manggis ini mempunyai beberapa khasiat dan vitamin yang bagus. Joe Morton adalah salah seorang Founder bagi syarikat Xango ini dan apabila dia menjumpai buah "Manggis" ini dan dapat tahu yang ia mempunyai zat zat yang bagus seperti "Xanthones" yang mempunyai anti-oxidants yang bagus untuk badan anda. Pada tahun November 2002 Joe dan beberapa lagi rakan telah menjayakan membuat "puree" juice yang di-buat daripada seluruh buah Manggis ini.

Ok - mesti korang nak tahu apakah yang bagus sangat pasal minuman Xango Juice ini kan. Selain daripada ianya mempunyai Antioxidants yang bagus untuk immune system kita ia juga boleh menolong anda jika anda ada "body ache", vitamin-vitamin dan juga antioxidants "Xanthones" ini boleh menolong mempercepatkan pemulihan anda. Kalau anda juga ada lebam, luka atau kecederaan ia akan juga menolong anda.


Sebenarnya, Shaz kerja pagi, tengah-hari, petang hingga lah ke malam! Hahaha.. Yes! Kadang kadang Shaz kena tuluis scripts pagi pagi, tengah hari ada meeting dengan boss dan juga rakan sekerja yang lain petang pulak ON AIR, malam pergi makan dengan kawan kawan! Sampai Shaz tak der masa untuk nak berehat. Tetapi dengan Xango Juice ini, ia menolong Shaz dalam aktiviti harian saya. Kalau korang rasa kepenatan lepas balik daripada kolej, kena ambik "afternoon nap" lah dan lain lain... jangan lah membuang masa lagi! Xango Juice nie sebenarnya boleh menolong anda!

Apa yang bagus-nya yand anda kena tahu ialah buah manggis ada zat-zat dan juga khasiat yang bagus untuk anda seperti "Xanthones" ini. Jadi makanlah buah manggis ataupun jadi macam Shaz minum Xango Juice!

Kalau korang nak dapatkan Xango Juice ini, telefonlah 1800 18 18 38 ataupunt layari www.xango.com

Kalau korang nak tahu, inilah minuman "dietary supplement" yang menolong Shaz dengan aktiviti harian saya! Shaz bukannya jual Xango Juice nie, sajer ajer nak share information bersama korang pasal juice inilah yang membantu Shaz dengan aktiviti harian Shaz yang lasak dan penuh dengan kerja sini-sana!

P/S: Xango Juice - Dietary Supplement. Xango boleh didapati dalam bentuk satu botol 750ml ataupun single serve packets. Anda boleh membancuhnya bersama satu gelas air untuk menjadikan-nya sebagai jus!

P/SS: Pernah tak korang nampak Shaz macam penat / ataupun letih jer masa lepas event ataupun di ofis? Tak pernah kan...di lintasan krew Xfresh Street Surfers pun tak! Shaz masih lagi ceria dan cool!!! Hahaha... kalau tak percaya, tanya Cham, Shac, Dina ataupun Burn! - Terima Kasih Xango!!!

Ok, time untuk Shaz berposing bersama Xango!!! - of course la kan! Semua event, shaz kena ber-posing posing! Mwahahha!!!


Ahh.. nie kawan-kawan Shaz yang suka sangat minum Xango! Tengok tu...diorang memang ceria!! mwahhaah..


Pada hari sabtu minggu lepas, Shaz dapat invitation daripada Nuffnang (Blog Advertising Company) untuk hadir ke "Wild LIVE Blogging Party" yang di-adakan di Modestos Hartamas.

Apa lagi la...makan free, Shaz pun pergi ke sana dan yang paling best nyer ialah Liang - sebagai emcee event ini! Dan Liang berpakaian sebaga "Flintstone" (yabbadaa badooo..) hahah!!!

Ok, nie nak cerita sedikit tentang Nuffnang - ok sebagai seorang "blogger" yang ada kotak advertisement "Nuffnang" di-dalam blog mereka, korang boleh dapatkan duit berdasarkan berapa ramai "visitor" yang visit blog korang!

Lagi ramai visitor, lagi banyak duit korang dapat! Ahahha... kalau nak lebih info lagi - layari www.nuffnang.com

Nie mesti korang nak tanya apakah keistimewaan "Wild LIVE Blog Party" nie! Sebenarnya blogger yang telah di-invite untuk party nie semua kena pakai kostume! Asalkan sebagai apa apa animal la! Harimau, Gajah, Zebra, Kucing, Mickey Mouse, Arnab dan banyak lagi! Kostume yang paling best dapat sebuah laptop DELL XPS beb!!! Jangan main main... hadiah memang cool! (Sponsored daripada Maxis Broadband).

Shaz pun dapat la bergaul bersama kawan kawan blogger lain di sana! Apa lagi, kalau korang nak dapatkan invitation untuk event macam nie! Masukkan "Nuffnang" Blog Advertising applet ke dalam blog
anda!



Pada minggu lepas, hari Rabu - Shaz bersama kawan kawan Shaz dari T4YP - Theater 4 Young People pergi ke Actors Studio di Bangsar Shopping Center dan tengok teater "Sybil" yang di-arahkan oleh Faridah Merican.

Teater nie memang best! Menunjukkan cara cara seorang patriot pada tahun 1940an cam tu...


Apa kata kita baca jer artikel yg ditulis oleh Utusan Malaysia.

RAMAI tokoh dan pejuang ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1948 yang telah berjasa kepada masyarakat setempat diangkat menerusi pelbagai medium hiburan termasuklah pementasan teater.

Terbaru, The Actors Studio akan mementaskan rentetan pengorbanan seorang bidan wanita, Sybil Kathigasu yang telah banyak menolong masyarakat di Ipoh, Perak, yang sengsara kerana kekejaman tentera Jepun ketika itu.

Studio tempat penggiat teater terkenal di ibu negara itu kini sedang menunggu masa untuk mementaskan teater terbarunya berjudul Sybil yang mengisahkan tentang jasa serta pengorbanan wanita tersebut.

Menurut pengarah Sybil, Datuk Faridah Merican, dia terpanggil untuk mengarahkan teater itu kerana menganggap tokoh tersebut seolah-olah tidak dikenali oleh generasi hari ini biarpun khidmatnya kepada masyarakat bukan sedikit.

ˇ°Bagi saya dia (Sybil) seorang hero yang harus dikenang oleh masyarakat kerana jasa yang telah dicurahkannya kerana membantu masyarakat yang ditindas oleh tentera Jepun.

ˇ°Salah satu caranya ialah menerusi pementasan tetaer ini dan ia mampu mengembalikan semula nostalgia kita terhadap pengorbanannya itu,ˇ± katanya ketika ditemui di pejabatnya di KLpac, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Faridah, Sybil yang banyak diadaptasi daripada buku bertajuk No Dram of Mercy hasil adaptasi U-En Ng turut mengimbau sejarah yang pernah berlaku di Ipoh.

Katanya, Sybil yang merupakan isteri kepada seorang doktor yang telah banyak membantu merawat serta memberi pertolongan kepada masyarakat setempat di sana yang menderita kerana kekejaman tentera Jepun yang ketika itu diketuai oleh Sarjan Yoshimura.

ˇ°Pengorbanan Sybil itu amat tinggi hinggakan dia menerima akibatnya pada penghujung hayatnya. Beliau yang tersiksa kemudiannya tenat dan terpaksa menerima rawatan di England dan meninggal dunia di sana pada tahun 1948.

ˇ°Bagaimanapun, mayat mendiang Sybil kemudiannya di bawa pulang ke Tanah Melayu dan dikebumikan di sini,ˇ± katanya yang akan mendermakan sebahagian hasil jualan tiket teater itu kepada anak Sybil iaitu Olga yang kini menetap di Ipoh.

Tambah Faridah, beliau berharap sumbangan itu bukan setakat sebagai suatu ingatan terhadap Sybil tetapi ia juga diharap dapat meringankan beban Olga yang kini berusia 87 tahun.

Olga merupakan satu-satunya anak perempuan Sybil daripada dua beradik yang masih hidup dan tinggal sendirian dan beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga.

mengimbas

ˇ°Saya difahamkan Sybil juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Dawn tetapi sudah lama meninggal dunia. Saya harap pementasan ini akan mengimbas nostalgia kita terhadap Sybil.

ˇ°Apatah lagi, 12 Jun ini merupakan ulang tahun kematian Sybil yang ke-60. Pementasan ini bukan sahaja akan diadakan di The Actors Studio, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, tetapi ia juga akan dipentaskan di Taman Budaya Perak, Ipoh pada 25 dan 26 Jun ini pukul 8.30 malam,ˇ± ujarnya.

Pementasan anjuran Perak Heritage Society Show itu secara tidak langsung katanya, mampu untuk menarik para penduduk sekitar Ipoh bagi menyaksikan pementasan tersebut.

Kata Faridah lagi, sisa peninggalan Sybil bukan setakat jasa dan pengorbanan beliau semata-mata tetapi banyak di antaranya yang masih tersimpan elok di sebuah klinik di Ipoh.

ˇ°Para pengunjung boleh menyaksikan barangan peninggalan Sybil seperti peralatan perubatan yang digunakannya ketika merawat pesakit di sebuah klinik di Ipoh,ˇ± katanya.

Bagi mementaskan teater itu, Faridah telah menggunakan pelakon Sukania Venugopal yang akan melakonkan watak Sybil dan Darius Taraporvala (Dr. A.C. Kathigasu).

Selain itu, beliau turut menggunakan khidmat pelakon dari Jepun iaitu Doppo Narita bagi melakonkan watak Sarjan Yoshimura selain pelakon seperti Ashraf Zain serta Wong Wai Hoong bagi melancarkan lagi perjalanan teater tersebut.

ˇ°Saya terpaksa mengimport pelakon dari Jepun itu bagi menghidupkan lagi watak Sarja Yoshimura. Setakat ini Doppo kerap berkunjung ke negara ini di mana setakat ini dia sudah dua bulan menjalani latihan teater ini di sini.

ˇ°Saya mendapatkan khidmat Doppo menerusi seorang kawan saya yang berbangsa Jepun iaitu Ken Takiguchi yang kebetulan bekerja di Japan Foundation Kuala Lumpur,ˇ± katanya lagi.

Pementasan Sybil akan dipentaskan 90 peratus dalam bahasa Inggeris dan 10 peratus lagi dalam bahasa Jepun. Pementasan itu akan mengenakan tiket berharga RM20 dan RM40.

Pementasan Sybil di The Actors Studio akan bermula dari 12 hingga 14 Jun, 17 hingga 21 Jun pukul 8.30 malam, manakala pada 15 dan 22 Jun pula pada pukul 3 petang. Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket sila hubungi talian 03-2094 0400.



Pasal bab makanan. Shaz memang nombor 1!

Kalau korang nak cari tempat makan yang best pada waktu malam...tanya ajerlah kkat Shaz! Pasal saya tahu kat mana boleh dapatkan makanan yang best pada waktu malam! Seperti yang tertera di bawah...

1. Nasi Lemak - yang paling best di taman Megah, bersebelahan dengan Maybank dekat dengan SS2 (Shell / 7-11). Nasi Lemak ayam goreng diorang memang best!

2. Burger Ampang - Orang sejauh Wangsa Maju, Burn dari Tmn. Desa pun datang ke ampang untuk burger nie! Ok lokasinyer... di-hadapan 7-11 berdekatan dengan ISKL di Jln. Kolam Air Lama ampang! Tahu tak kat mana Petronas yg ada McD di Ampang Point! Selepas SPCA ampang jer... waktu buka 10.30mlm hingga 5pagi!

3. Nasi Parkabau - masakan ala thai di Section 17, dekat dgn UIA. Kalau korang tahu section 17/1A kat flat flat bawah tuh... sleepas pos ofis! Ada gerai di antara 2 flat! Boleh juga nampak dari Sect 17/2. Nasi biasa di hidangkan bersama daging yg di-masak dengan rempah istimewa! Sedap wei! Makan satu nak satu lagi!

Ok la... kat bawah gambar Shaz bersama kawan-kawan Shaz gi makan malam sama sama!



Haaaaaa!!! Shaz lenyap untuk 2 minggua pasal shaz pergi ke Singapura!! Yep yep... pasal "Malaysians pay half price" punyer promo... shaz dapat pergi ke Zoo, Night Safari semua untuk harga yg berpatutan! Yg best tu... Shaz boleh bayar pakai Ringgit Malaysia!!! Saper tak nak kan :P

Bayaran untuk Singapore Zoo @ RM 16.50 / Night Safari @ RM 22 Fuyohhh....banyak cheap la! Hehehe...kena bawak passport sekali kalau nak dapat rate murah!

Ok, nie nak cerita sikit pasal trip ke Singapore - Shaz duduk kat Inn Crowd backpackers hostel, pasal nak try cara cara backpacking! Lagipun...murah jer! Bukan nyer nak duduk kat hostel tu satu hari... tido, mandi pastu keluar! HAhaha..

Ok! Shaz ada dalam 2000 gambar yg shaz ambik kat Singapore! nanti shaz update kan kat sini...tapi sekarang time utk tido! HAhaha..

Enjoy the pictures below you all!!


Shaz dan Dina dapat datang ke premiere filem PROM NIGHT di Cieneleisure The Curve!!! Filem nie... agak seram jugak! Tetapi yg best tu pasal dapat berjumpa dengan pendengar-pendengar Xfresh dan juga Chatters sekali!


Tapi...yang paling best la!!! Kita org malam tu ada bagi banyak hadiah!!! Seperti jam tangan TIMEX yg bernilai RM450!! Soalan pun semua senang senang! Apa lagi...habis semua jam! Ish ish ish...

Ok la... next movie kat Xfresh kita jumpa ok!

Ciaoz you all!!!