Pada minggu lepas, hari Rabu - Shaz bersama kawan kawan Shaz dari T4YP - Theater 4 Young People pergi ke Actors Studio di Bangsar Shopping Center dan tengok teater "Sybil" yang di-arahkan oleh Faridah Merican.
Teater nie memang best! Menunjukkan cara cara seorang patriot pada tahun 1940an cam tu...

Apa kata kita baca jer artikel yg ditulis oleh Utusan Malaysia.
RAMAI tokoh dan pejuang ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu
pada tahun 1948 yang telah berjasa kepada masyarakat setempat diangkat
menerusi pelbagai medium hiburan termasuklah pementasan teater.
Terbaru, The Actors Studio akan mementaskan rentetan pengorbanan
seorang bidan wanita, Sybil Kathigasu yang telah banyak menolong
masyarakat di Ipoh, Perak, yang sengsara kerana kekejaman tentera Jepun
ketika itu.
Studio tempat penggiat teater terkenal di ibu negara itu kini sedang
menunggu masa untuk mementaskan teater terbarunya berjudul Sybil yang
mengisahkan tentang jasa serta pengorbanan wanita tersebut.
Menurut pengarah Sybil, Datuk Faridah Merican, dia terpanggil untuk
mengarahkan teater itu kerana menganggap tokoh tersebut seolah-olah
tidak dikenali oleh generasi hari ini biarpun khidmatnya kepada
masyarakat bukan sedikit.
ˇ°Bagi saya dia (Sybil) seorang hero yang harus dikenang oleh
masyarakat kerana jasa yang telah dicurahkannya kerana membantu
masyarakat yang ditindas oleh tentera Jepun.
ˇ°Salah satu caranya ialah menerusi pementasan tetaer ini dan ia
mampu mengembalikan semula nostalgia kita terhadap pengorbanannya itu,ˇ±
katanya ketika ditemui di pejabatnya di KLpac, Kuala Lumpur baru-baru
ini.
Jelas Faridah, Sybil yang banyak diadaptasi daripada buku bertajuk
No Dram of Mercy hasil adaptasi U-En Ng turut mengimbau sejarah yang
pernah berlaku di Ipoh.
Katanya, Sybil yang merupakan isteri kepada seorang doktor yang
telah banyak membantu merawat serta memberi pertolongan kepada
masyarakat setempat di sana yang menderita kerana kekejaman tentera
Jepun yang ketika itu diketuai oleh Sarjan Yoshimura.
ˇ°Pengorbanan Sybil itu amat tinggi hinggakan dia menerima akibatnya
pada penghujung hayatnya. Beliau yang tersiksa kemudiannya tenat dan
terpaksa menerima rawatan di England dan meninggal dunia di sana pada
tahun 1948.
ˇ°Bagaimanapun, mayat mendiang Sybil kemudiannya di bawa pulang ke
Tanah Melayu dan dikebumikan di sini,ˇ± katanya yang akan mendermakan
sebahagian hasil jualan tiket teater itu kepada anak Sybil iaitu Olga
yang kini menetap di Ipoh.
Tambah Faridah, beliau berharap sumbangan itu bukan setakat sebagai
suatu ingatan terhadap Sybil tetapi ia juga diharap dapat meringankan
beban Olga yang kini berusia 87 tahun.
Olga merupakan satu-satunya anak perempuan Sybil daripada dua
beradik yang masih hidup dan tinggal sendirian dan beliau tidak pernah
mendirikan rumah tangga.
mengimbas
ˇ°Saya difahamkan Sybil juga mempunyai seorang anak perempuan bernama
Dawn tetapi sudah lama meninggal dunia. Saya harap pementasan ini akan
mengimbas nostalgia kita terhadap Sybil.
ˇ°Apatah lagi, 12 Jun ini merupakan ulang tahun kematian Sybil yang
ke-60. Pementasan ini bukan sahaja akan diadakan di The Actors Studio,
Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, tetapi ia juga akan dipentaskan
di Taman Budaya Perak, Ipoh pada 25 dan 26 Jun ini pukul 8.30 malam,ˇ±
ujarnya.
Pementasan anjuran Perak Heritage Society Show itu secara tidak
langsung katanya, mampu untuk menarik para penduduk sekitar Ipoh bagi
menyaksikan pementasan tersebut.
Kata Faridah lagi, sisa peninggalan Sybil bukan setakat jasa dan
pengorbanan beliau semata-mata tetapi banyak di antaranya yang masih
tersimpan elok di sebuah klinik di Ipoh.
ˇ°Para pengunjung boleh menyaksikan barangan peninggalan Sybil
seperti peralatan perubatan yang digunakannya ketika merawat pesakit di
sebuah klinik di Ipoh,ˇ± katanya.
Bagi mementaskan teater itu, Faridah telah menggunakan pelakon
Sukania Venugopal yang akan melakonkan watak Sybil dan Darius
Taraporvala (Dr. A.C. Kathigasu).
Selain itu, beliau turut menggunakan khidmat pelakon dari Jepun
iaitu Doppo Narita bagi melakonkan watak Sarjan Yoshimura selain
pelakon seperti Ashraf Zain serta Wong Wai Hoong bagi melancarkan lagi
perjalanan teater tersebut.
ˇ°Saya terpaksa mengimport pelakon dari Jepun itu bagi menghidupkan
lagi watak Sarja Yoshimura. Setakat ini Doppo kerap berkunjung ke
negara ini di mana setakat ini dia sudah dua bulan menjalani latihan
teater ini di sini.
ˇ°Saya mendapatkan khidmat Doppo menerusi seorang kawan saya yang
berbangsa Jepun iaitu Ken Takiguchi yang kebetulan bekerja di Japan
Foundation Kuala Lumpur,ˇ± katanya lagi.
Pementasan Sybil akan dipentaskan 90 peratus dalam bahasa Inggeris
dan 10 peratus lagi dalam bahasa Jepun. Pementasan itu akan mengenakan
tiket berharga RM20 dan RM40.
Pementasan Sybil di The Actors Studio akan bermula dari 12 hingga 14
Jun, 17 hingga 21 Jun pukul 8.30 malam, manakala pada 15 dan 22 Jun
pula pada pukul 3 petang. Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket
sila hubungi talian 03-2094 0400.


